Thursday 1 May 2014

The man who wish to change on the 12th, died on the 11th

"The man who wish to change on the 12th, died on the 11th." Kata sebuah pepatah inggeris.

Amir tersentap kuat ketika membaca kata-kata itu di laman sosialnya.
Adam tunduk memandang lantai.
Masing-masing terkelu lidahnya.

"Wei, apa maksud dia doh. Boleh bagi aku paham betul-betul?" Adam soal Amir. Amir masih merenung jauh. Memandang air embun di daun-daun.

"Maksud dia, kalau kau kata kau nak berubah pada tahun ke-12, boleh jadi kau mati pada tahun ke-11." ringkas penerangan Amir, harap sangat Adam faham.

Adam berkerut. "Iya ke tahun. Dia tak cakap pun.
Macam mana kalau maksud dia, bulan ke 11, minggu ke 11, hari ke 11, atau.. jam ke 11?? atau... minit ke 11.. atau worst! saat ke 11." Adam sambung pandang lantai. Tengok semut-semut sedang berjalan.

Amir makin sentap dijantung. Aduiyai. Rasa macam kena hempap batu!

______________________________________________________________________

Dari Abu Hurairah,

"Rasulullah SAW bersabda, "Perbanyakkanlah mengingat pemutus segala kelazatan, iaitu kematian." (Riwayat At Tirmidzi)

Aku dan mati.

Siapa tahu bila dia mati?
Aku? Aku tak tahu.
Kau?
Kau tahu ke?
Tak tahu.
Kau orang, kau orang tahu ke?
Tak tahu.

Kita semua tak tahu bila kita akan mati.
Kita semua tak ada pengetahuan pun bila tarikh kita mati.
Bila saatnya kita akan mati.

Mati wei. Tak takut ke?

Kita dah bersedia untuk hadapi kematian?
Dah bersedia untuk disoal di alam kubur nanti?

*Lap peluh laju-laju*

Jadi, manfaatkanlah hidup kita ni.
Jangan sia-siakannya.

Stoplah buat benda lagha-lagha(sia-sia) ni.
Berhenti bermimpi indah dan pijaklah bumi!

Do something for the ummah! The ummah needs you!
Ni bukan masa untuk kau ralit main Snake Xenxia. Bukan masa untuk kau sibuk tembak-tembak dalam Dota. Bukan masa untuk kau mendekati zina dengan pakwe makwe kau tu!

Ni bukan masa untuk bersenang-senang lagi! The Ummah is in comma!
Kita kena buat something untuk ummah ni.
Bagi kita sama-sama dapat step in Jannah!

Kau taknak ke Jannah?!
Aku tanya ni, KAU TAKNAK KE JANNAH?

No comments:

Post a Comment

Setiap perkara yang kita taip itu akan ditanya oleh Allah. Reminding you and me.