Thursday 29 May 2014

Kita Beruntung Allah Tutup Aib..

Allahu..Pernah dengar?

Terkadang celaan dan kritikan membawa kita jauh ke hadapan.. manakala pujian menjatuhkan kita jauh ke belakang

*okay mungkin ayat asal tak bunga bunga gini . eheh. biasalah berpujangga. Got my point?

So inilah dugaan paling besar bagi kita. Para Dai'e yang sedang meningkat. Para Dai'e yang baru kenal erti Tarbiyyah.

Apabila ada satu golongan yang baik-baik, kau puji dia lebih-lebihan. Kau kata, "Kau ni baik sangatlah." "You know what, kau budak baik." and so on.

Tak kisahlah niat kau nak perli dia sekali pun.
Tapi, still lah orang yang dipuji itu akan berkembang juga diameter lubang hidungnya. *kedberi o|o okay ngarut
'
Puji-pujian ni mampu bawa kita menjadi riak dengan amal ibadat kita.
Mula mula mungkinlah betul niat nak ajak orang buat baik, nak halang orang buat jahat.
Tapi kalau dah orang makin puji memuji,
pasti bunga bunga riak menyubur.

Lama lama ibadat bertuhankan pujian.
Lama lama nasihat berpaksikan hinaan.

Memang kita tak mampu nak elak riak.
Sebab kita ni bukannya ada penapis telinga dari syaitan.
Syaitan ni kalau dia dah tak mampu nak drag kita buat benda yang dah terang-terang dosa ;
macam mencarut, membunuh, mencuri etc
Dia akan hasut kau untuk riak pula.
Datangkan was was dan sebagainya.
Datangkan takabbur, sum'ah, and segala jenis wahan.

Tapi, pernahkah kita tersedar wahai Dai'e yang diredhai Allah insyaallah?

Kita sangat beruntung.
Kita sangat beruntung kerana Allah tutup aib kita.
Kita digelar orang-orang yang baik,
kerana Allah tak tunjuk pada manusia betapa jahatnya kita!

Mungkin ada golongan yang benar-benar baik.
Golongan yang benar-benar tiada penyakit hati.
Golongan yang mewarisi sifat Rasulullah dengan sebenar-benarnya.
Di hatinya tiada hitam, mungkin ada.
Tak mustahil!

Tapi untuk golongan marhaen seperti saya, eceh.
Buat dosa itu tak pernah berhenti!
Sudah bertaubat, hakikatnya ulang lagi.
Kalau Allah buka aib, mungkin kita lagi teruk dari mereka-mereka yang biasa ini.

Check diri anda,
Aku ni betul betul baik ke?
Tanya hati anda.
Adakah anda benar-benar ikhlas ?
Adakah solat anda telah khusyuk?
Adakah ilmu sudah cukup di dada?

Jangan mudah judge saudara!
Apa kau fikir kau sudah cukup baik untuk judge orang lain?
Hanya kerana orang kata kau orang baik, kau alim, kau handsome, errr tak bererti anda benar-benar sebegitu!

Kau tak layak untuk kata,
Kau tak baik! Aku saja yang baik!
Well of course anda tak kata pada lisan, tapi hati anda, bagaimana?

Ummah ini perlu ditarbiyyah dengan berhikmah.
Bukan dengan paksaan.
Bukan dengan hukuman.
Bukan juga dengan caci makian!

Rasanya cukup sampai di sini.
Teguran untuk diri sendiri yang lalai, dan pada sesiapa sahaja yang sudi membaca.
Tabarakallah.

No comments:

Post a Comment

Setiap perkara yang kita taip itu akan ditanya oleh Allah. Reminding you and me.