Friday 7 November 2014

Tangisan.

Aku memang berhati lembut.
Aku senang sangat nangis.
Senang sangat-sangat.
bukan cengeng, bukan mengada-ngada.
Bukan manja.
Sebab aku menangis bukan sebab perkara yang bila orang dengar orang akan kata..
"Tu je sebab kau nangiss??" "Kau biar betul!!" dll.
Tapi aku senang sangat nangis bila hati aku sebak.

Bila aku pendam rasa pedih kat dada tu lama-lama, ia akan keluar jadi airmata.
Bila aku tahan rasa sedih, rasa kecewa, rasa rindu lama-lama, tangisan mula mencurah-curah.

It's just my nature says that..

"When you think you need to cry, just cry."
Hati aku memang cepat tersentuh.
Kalau aku tengok haiwan disiksa, atau dikurung, atau dizalimilah senang cakap.
mata aku dah mula berair.
Jiwa aku meruntun.

Dan aku paling benci bila aku menangis sebab rindu.
Bila aku rindu orang yang sebenarnya ada depan mata.
Macam bila aku rindu Kak Amni, rindu Kak Nisa, rindu Kak Atiqah dan akak-akak BADAR, walaupun sebenarnya mereka masih ada depan aku.

Sebab tangisan tu, tangisan yang akan aku kenang bila mereka betul-betul pergi dari pandangan mata aku.
Tangisan yang tumpah sebab aku tahu..
Aku dah tak boleh jumpa mereka selepas ni! (di maktab)
Aku dah tak boleh rasa kemanisan cinta ukhwah sesama sahabat.

Aku rindu, sumpah aku rindu.
Aku tak boleh nak bayang macam mana rasanya bila mereka dah tak ada,
Untuk bantu kami semua.
Sungguh, aku rindu.

Tapi tu bukan main point aku .
Tangisan.

Bila kau rasa kau buat dosa, bila kau rasa kau gagal untuk jadi hambaNya yang soleh,
kau menangis sebab kau menyesal.
Sedarkah dengan tangisan itu dosa dapat gugur?

Menangislah. Jangan tinggikan ego wahai sahabat.
Menangislah bila perlu. Kerana Allah jadikan tangisan itu bersebab.
Untuk kita dekatkan diri pada Dia.

Bila kita sedih, kita nangis.
Kita rasa hiba. Rasa pilu.
Kita rasa hidup kita sukar.
Dan sedarkah kita, selalunya di saat itu,..
Di saat kita rasa THE WORLD IS AGAINTS ME..

Kita akan pandang langit dan dapat rasa bahawa kita masih punya Tuhan.
Kita akan kata "Ya Allah aku sedih."
"Ya Allah si polan buat aku begini"
"Ya Allah hati aku sakit"
"Ya Allah beratnya ujianMu ini"

Walhal semasa kita sedang bergembira, kita lupakan Dia.
Kita tak ingat Dia.
Kita lalai.

Maka Allah turunkan kesedihan, Allah jadikan tangisan untuk kita ingati Dia kembali.
Setelah kita lupakanNya.

Maka turunkanlah ego anda, dan menangislah.