Thursday 5 June 2014

Berubah?



Aisha memandang tudung labuh yang disangkut di dalam almari. Direnungnya lama.
Sungguh, berat sungguh hati Aisha.
Bersediakah aku untuk berubah? Suara hati Aisha mengulang-ulang.
"Genggam cinta Allah biar sampai syurga." Kata-kata indah di Facebook itu terngiang-ngiang di telinga Aisha.
"Biar berpenat di dunia, biar berlelah di dunia. Ingat, syurga itu terlampau mahal harganya!"
Satu lagi kata-kata mutiara menghiasi pendengaran nurani.

Aisha tekad.
Aisha mula menyarungkan tudung labuh itu.
Setelah disempurnakan lilitannya, Aisha tersenyum memandang cermin.
Hatinya rasa sungguh lega.
Rasa sungguh selesa.
Rasa nyaman. Rasa secured gitu.

Aisha tersenyum lagi.
"Ya Allah, mudahkanlah."

Aisha mula menyarungkan handsocks, stokin dan memastikan wajahnya tidak dikenakan apa-apa mekap.
Aisha tersenyum lagi. Inilah yang aku mahu, bisik hatinya.
Dan Aisha pun keluar dari biliknya lalu bertemu ibu bapanya. Mamanya terpegun melihat Aisha, lantas tersenyum. Aisha hanya mampu senyum hambar.
Mereka pun keluar.

__________________________________________________________________

Ya Allah,
andai ini adalah yang terbaik untukku,
Kau mudahkanlah.
Andai ini adalah jalan yang paling baik untukku,
redhakanlah.
Hanya Engkau yang mengetahui isi hatiku.
Hanya Engkau yang tahu apa niatku.
Hanya Engkau yang mengerti apa yang aku mahu.

Ya Allah,
aku tahu, jalan ini amat pedih Ya Allah.
Aku tahu, dunia ini penuh dengan hasad dengki.
Ya Allah, Kau limpahkanlah kekuatan untukku untuk berubah.
Menjadi lebih baik.
Bimbinglah hatiku, kawallah imanku.
Tegur aku andai aku tersasar Ya Allah.

Mudahkanlah.
Rabbi yassir wala tu'assir.


Cik Puella,
ini adalah jalan yang kau pilih.
Maka bersedialah dengan semua tohmahan, cacian, kutukan, perlian,
Itu semua adalah mehnah dari Allah untukmu.
Siapkanlah dirimu dengan sifat SABAR, TAWADDHUK, IKHLAS, PEMAAF,
Bersedialah wahai Cik Puella.

Biar mereka kata kau bajet Ustazah, bajet alim, bajet baik,
Biarkan mereka.
Biar mereka kutuk dirimu.
Hanya kau dan Allah Azza Wajalla yang tahu apa isi hatimu.

I've chose this path,
I'm ready for it.
Go on and judge my past,
I have Allah by my side.

:)